Close

Pendaftaran Syarikat Malaysia

Pernahkah anda terfikir untuk memulakan perniagaan anda sendiri? Mungkin anda sentiasa menginginkan untuk menjadi bos anda sendiri? Mungkin anda sudah penat bekerja untuk bos yang pentingkan diri sendiri dan tak mahu memahami masalah anda? Mungkin anda mahu buat duit tanpa berkongsi dengan bos yang goyang kaki?

Memulakan perniagaan di Malaysia adalah semudah mengira jari di tangan. Tetapi betulkah begitu mudah? Jika betul mengapa kebanyakan kita risau, takut dan menyerah kalah sebelum mendaftarkan syarikat kita? Biar saya menyebut sedikit tentang syarikat di Malaysia. Jenis yang paling biasa dan mudah untuk dimulakan adalah jenis ‘enterprise’ yang mana termasuk ‘milikan tunggal’ dan ‘perkongsian’. Ada lagi dua jenis perniagaan yang agak leceh, dipanggil ‘sendirian berhad’ dan ‘koperasi’. Sedang syarikat milikan tunggal dan syarikat perkongsian mudah untuk dimulakan, syarikat sendirian berhad memerlukan perancangan teliti, pemegang saham, audit tahunan dan modal awalan dan modal operasi yang besar. Koperasi pula tidak memerlukan modal besar, hanya sejumlah ahli atau pemegang saham yang besar.

Jadi bagaimana mendaftarkan syarikat? Keperluan paling asas adalah salinan kad pengenalan pemilik (untuk rakyat Malaysia) atau salinan paspot pemilik (untuk rakyat asing). Seterusnya bergantunglah kepada jenis syarikat yang anda mahu mulakan. Untuk milikan tunggal, pemilik mestilah berumur 18 tahun ke atas dan tidak diisytiharkan muflis, dan nama syarikat mestilah telah diterima oleh Pendaftar Syarikat. Untuk perkongsian, syarikat mestilah ada sekurang-kurangnya dua pemilik. Untuk syarikat sendirian berhad pula, ‘pemilik’ adalah lembaga pengarah, ia memerlukan setiausaha syarikat, audit tahunan dan mesyuarat agung tahunan, selain syarat-syarat yang sudahpun disebut berkenaan syarikat milikan tunggal.

Nanti dulu, apa itu ‘setiausaha syarikat’? Mengapa saya memerlukan mereka sedangkan saya boleh menaip dokumen saya sendiri? Setiausaha syarikat bukanlah kerani syarikat yang menaip dokumen dan menyusun fail. Setiausaha syarikat adalah ahli profesional terlatih dan rakyat Malaysia yang yang memastikat protokol syarikat anda adalah menepati garis panduan SSM dan mengikut peraturan dan akta-akta berkaitan, selain memastikan ahli lembaga pengarah memahami tanggungjawab mereka. Setiausah syarikat juga adalah wakil untuk dokumen penting dan memastikan syarikat beroperasi berdasarkan undang-undang. Tidak perlu dijelaskan, bahawa tanpa setiausaha syarikat, syarikat sendirian berhad tidah boleh didaftarkan.

Jadi di mana mahu mendapatkan setiausaha syarikat? Kami di SKT One Solutions menyediakan semua yang anda perlukan untuk mendaftarkan syarikat. Tidak kira sama ada perkhidmatan setiausaha syarikat, atau khidmat nasihat dalam mendaftarkan syarikat anda, kami menyediakan semuanya. Yang paling penting, ialah kami tidak mengenakan bayaran tersembunyi. Apa yang anda bayar, adalah apa yang anda dapat. Khidmat yang kami berikan adalah termasuk dalam yuran yang telah dipersetujui. Ini adalah jaminan kami.